Ini Sebab GBP Jatuh Menjunam – Perancangan Backstop Dalam Rundingan Brexit

712

Matawang GBP jatuh mendadak sekitar pukul 7.30 petang tadi berikutan perkembangan terbaru tentang Brexit. Hal ini berkait tentang rundingan antara Perdana Menteri UK Theresa May dan Menteri Brexit David Davis tentang tarikh akhir keahlian Britain di dalam European Custom Union.

Rundingan Brexit sekali lagi berhadapan dengan halangan selepas khabar angin mengatakan David Davis mungkin akan meletakkan jawatan disebabkan ‘perancangan backstop’ Theresa May.

Secara mudahnya, ‘perancangan backsop’ adalah perjanjian antara UK dan EU terhadap ‘custom union’. Perjanjian ini dilihat boleh menghindari ‘hard border’ di Ireland jika tiada perjanjian dimeterai dalam rundingan Brexit. Perjanjian ini juga akan mengekalkan UK bersama blok Eropah selepas tarikh akhir Brexit.

‘Hard Border’ di sini bermaksud sempadan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa tentera atau polis.

Perdana Menteri berhadapan dengan tentangan daripada pihak pro-Brexit UK terhadap perancangan untuk membenarkan perjanjian masa-terhad yang akan termeterai jika tiada perjanjian yang dicapai dalam rundingan Brexit.

Laporan petang tadi menyebut Theresa May bersetuju dengan Davis untuk meletakkan tarik akhir spesifik kepada keahlian Britain di dalam European Custom. Sebelum ini Davis dikatakan mahu meletakkan jawatan kerana May tidak mahu meletakkan tarikh spesifik tersebut dan alasan yang diberikan oleh Davis, ia akan menyukarkan kerjanya dalam rundingan Brexit kerana tiada tarikh yang ditetapkan dalam perancangan backstop itu.

Nampaknya, kemungkinan besar akan ada ‘tarikh akhir spesifik’ dalam ‘peracangan backstop’ selepas perkembangan terbaru rundingan petang tadi antara May dan Davis.

Untuk pengetahuan anda, GBP tertekan disebabkan berita penetapan tarikh tersebut walaupun belum ada tarikh spesifik yang ditentukan. Tarikh akan diitentukan bersama rundingan dengan Kesatuan Eropah selepas ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat