Ini Sebab Harga Minyak Jatuh Untuk Tiga Hari Berturut-turut!

355

Harga minyak terus mengalami kejatuhan berikutan pertikaian Amerika Syarikat (AS) dan China mencetuskan kebimbangan terhadap rundingan perdagangan hujung minggu ini yang menimbulkan ketidakpastian dalam pertumbuhan ekonomi global dan permintaan minyak.

Kekhuatiran pasaran terhadap unjuran permintaan minyak semakin meningkat jika perang perdagangan ini tidak mencapai kesepakatan dan terus berterusan. Niaga hadapan minyak Brent jatuh 27 sen kepada $57.97 setong manakala WTI susut 25 sen kepada $52.38.

Ia bahkan turut memadam kebimbangan terhadap kekurangan bekalan minyak oleh Ecuador yang sedang mengalami pergolakan disebabkan protes oleh golongan anti kerajaan sehingga menjejaskan kira-kira satu pertiga pengeluaran minyak kerana kekacauan ke atas kemudahannya.

Selain itu, penyusutan harga juga dipengaruhi oleh bekalan minyak mentah AS dianggarkan meningkat sebanyak 4.1 juta tong pada minggu lepas, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API).

Sementara itu, harga emas mencatatkan peningkatan di tengah ketegangan antara AS dan China yang semakin meruncing di samping pelabur turut menunggu isyarat daripada Rizab Persekutuan (Fed) mengenai pemotongan kadar faedah yang selanjutnya.

Ketegangan antara AS dan China semakin meningkat berikutan campur tangan AS dalam penindasan dan pencabulan hak asasi manusia terhadap kaum Uighur dan kaum minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang oleh China menyebabkan harapan untuk menamatkan rundingan tersebut semakin pudar.

Kebimbangan ini telah memandu arah pelabur ke pasaran yang selamat. Harga emas kembali meningkat selepas menerima tekanan oleh pengukuhan dolar USD ketika sesi dagangan semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat