Ini Sebab Kenapa GBPUSD Menjunam Teruk Pagi Tadi!

55

Pound menjunam pada awal sesi Asia hari ini sejurus selepas kerajaan British mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk meneruskan “hard Brexit” dan keluar secara rasmi dari Kesatuan Eropah.

GBP/USD menjunam sebanyak 1.13 peratus kepada 1.2037 selepas didagang serendah $1.1983, tahap terburuk yang pernah berlaku semenjak flash crash yang terjadi pada Oktober lalu.

GBP/USD, 30 minit

Perdana Menteri UK, Theresa May dijadualkan akan mengumumkan perkara tersebut pada Selasa.

Sunday Times melaporkan bahawa May dijangka akan mengumumkan “clean and hard Brexit” serta menyatakan kesediaan untuk keluar dari pasaran UK termasuk Kesatuan Kastam Eropah bagi mengawal undang-undang imigresen. Dalam masa yang sama, May juga akan meninggalkan bidang kuasa Mahkamah Keadilah Eropah.

Ulasan Kalendar Ekonomi Minggu Kedua 2017 (9-13 Januari)

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat