Ini Sebab Mengapa IMF Khuatir Terhadap Prospek Pertumbuhan Ekonomi Global!

240

Tabung Kewangan Antarabangsa atau bahasa Inggerisnya International Monetary Fund (IMF) yang merupakan organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia telah menyatakan bahawa mereka kurang optimis terhadap pertumbuhan global dan dalam masa yang sama memberi amaran bahawa prospek eknomi mungkin akan kekal perlahan dan tiada tanda-tanda bahawa ia akan melonjak naik.

IMF juga telah menilai semula penilaian pada bulan Oktober terhadap pertumbuhan global iaitu 3% kepada 2.9% pada 2019 dan 3.4% kepada 3.3% pada 2020. Penilaian semula adalah salah satunya disebabkan pertumbuhan yang rendah di India. Bagi 2021, IMF telah menjangkakan kadar pertumbuhan adalah sebanyak 3.4%.

“Pemulihan yang diunjurkan untuk pertumbuhan global masih tidak menentu. Ia masih terus bergantung pada pemulihan dan pasaran ekonomi berkembang yang tidak menentu, dimana pasaran ekonomi maju stabil ke pada paras yang ditetapkan.” – kata ketua ekonomi IMF, Gita Gopinath.

Tambah Gopinath, walaubagaimanapun sebahagian besar ketidakpastian ekonomi yang diutarakan pada Oktober lalu telah hilang. Beberapa risko telah berkurangan selepas pengumuman perjanjian perdagangan fasa 1 antara AS dengan China dan perjanjian Brexit.

Pada minggu lepas perjanjian perdagangan Fasa Satu AS-China telah ditandatangani. Walaupun perjanjian tersebut masih mengekalkan tarif perdagangan sedia ada namun ia ditafsirkan sebagai perdamaian setelah pertikaian antara kedua-dua ekonomi besar tersebut berlangsung sejak awal tahun 2018. Sementara itu di UK, penggubal undang-undang telah meluluskan perjanjian yang menggariskan bagaimana negara akan meninggalkan Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada 31 Januari ini. Kelulusan itu membenarkan UK untuk mengelakkan pengunduran yang mendadak dari EU pada akhir bulan ini dan memberikan kepastian kepada perniagaan dan warganegara di kedua-dua belah pihak.

Selain itu, IMF juga mengatakan bahawa dijangkakan bank pusat akan terus menyokong ekonomi negara masing-masing melalui instrumen yang sesuai. Menurut Gopinath, polisi monetari terus menyokong pertumbuhan dan kedudukan kewangan. Dengan tambah baikan ini, pertumbuhan global dijangka akan stabil walaupun perlahan.

IMF juga merakamkan kerisauan terhadap keadaan ekonomi global terutamanya ketegangan perdaganan yang berkemungkinan bakal berlaku antara A.S dan EU dan AS-China mungkin kembali.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat