Ini Sebab Mengapa Trader GBP Gelisah Walaupun Perjanjian Brexit Sudah Dicapai!

384

Pada tiga hari lepas, telah berlakunya satu acara bersejarah antara kedua belah pihak antara Britain dan Kesatuan Eropah iaitu persetujuan perjanjian pasca Brexit.

Walaupun perjanjian telah dicapai, namun belum masanya lagi untuk menarik nafas lega kerana pemeteraian perjanjian hanyalah merupakan satu permulaan. Pada hari ini, pentadbiran Britain telah mengeluarkan amaran bahawa sektor perniagaan harus bersiap sedia berhadapan ‘kegoncangan’ selepas peraturan baru mula berkuat kuasa pada hari Khamis.

Pada hari Isnin, sektor perniagaan telah mula mencerna perincian dan implikasi kesepakatan yang merangkumi 1,240 halaman yang dimeterai oleh EU dan UK pada 25 Disember. Para duta EU telah menyatakan persetujuan pada hari ini terhadap perjanjian Brexit. Jerman yang merupakan pemegang jawatan presiden EU mengatakan bahawa keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat bersama yang menilai perjanjian yang dimenterai pada 3 hari yang lalu.

Walaupun para pemimpin EU telah menyambut baik persetujuan yang dicapai, pihak EU masih memerlukan persetujuan dari badan perundangan EU yang dijangka akan diumumkan pada Februari nanti. Disisi lain, Dewan Rakyat UK dijangka akan menyatakan persetujuan pada hari Rabu ini.

Perjanjian pasca Brexit tersebut akan memastikan UK dan 27 negara blok Eropah dapat menjalin hubungan perdagangan barangan tanpa tarif dan kouta. Persetujuan yang dicapai telah berjaya membantu melindungi daripada kerugian sebanyak $894 bilion dalam perdagangan tahunan antara kedua belah pihak.

Michael Gove, yang merupakan menteri kabinet Britain telah mengingatkan bahawa syarikat-syarikat harus bersiap sedia berhadapan dengan prosedur kastam yang baru. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berpendapat bahawa kesan jangka pendek yang bakal dihadapi bukanlah masalah besar kerana selepas ini UK bebas untuk menggubal undang-undang sendiri.

Matawang pound mencatat penyusutan berbanding US dolar sebanyak 0.18% kepada paras tukaran 1.3520 setakat jam 9.00 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat