Ini Sebab Mengapa US Dolar Merosot Pada Hari Isnin!

836

US dolar merosot pada hari hari Isnin ke paras terendah tiga minggu kerana hasil perbendaharaan diniagakan di paras terendah dan pelabur sedang menantikan data inflasi dan penjualan runcit A.S dalam beberapa hari akan datang.

Disisi lain, matawang euro mengukuh di atas $1.19 sementara matawang pound UK melambung tinggi dari paras terendah dua bulan. Prestasi dolar sering dikaitkan dengan hasil Perbendaharaan A.S. untuk sebahagian besar tahun 2021, setelah kebimbangan mengenai kenaikan inflasi di Amerika Syarikat dan pemulihan ekonomi yang dipicu oleh pakej rangsangan kewangan.

Kejatuhan hasil perbendaharaan A.S. minggu lalu telah mendorong kejatuhan US dolar ke paras mingguan terendah 2021. Ditambah pula trend kejatuhan diteruskan pada hari isnin membuatkan us dolar semakin tertekan.

Hasil perbendaharaan 10 tahun penanda aras berada pada 1.664% setelah turun ke tahap rendah pada 1.6170% minggu lalu. Ia melonjak ke paras tertinggi lebih dari satu tahun pada 1.7760% pada 30 Mac.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengatakan dalam wawancara media AS yang dikeluarkan pada hari Ahad bahawa ekonomi AS berada pada “titik perubahan” dan kelihatan bersedia untuk pemulihan yang kuat dalam beberapa bulan mendatang, tetapi dia juga memberi amaran mengenai risiko yang bakal timbul.

Pelabur kini memberi tumpuan pada data inflasi bulan Mac yang bakal dikeluarkan pada hari Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.08% kepada paras tukaran 92.082 setakat jam 10.15 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat