Ini Sebab Miner Ethereum Bekukan Liquidity Pool

133

Ethereum miners atau lebih dikenali sebagai kumpulan ETHPOW telah mengumumkan untuk memberhentikan teknologi liquidity pool iaitu timbungan digital mata wang kripto yang dikunci dalam kontak pintar yang akan mewujudkan transaksi yang lebih pantas.

Dalam satu pengumuman Twitter, ETHPOW telah membuat pendedahan untuk membekukan beberapa kontrak pintar protokol pinjaman. Menurutnya, liquidity pools boleh dikompromi oleh pengguna token ETHW.

Akan tetapi, kumpulan seperti Uniswap, Aave, dan Compound akan mendepositkan token ETHW dan selalunya token tersebut boleh ditukar oleh penggodam dan saintis dengan USDT, USDC dan WBTC yang tidak bernilai.

Oleh itu, ETHW tegas dalam keputusannya untuk membekukan liquidity pools sehingga syarikat-syarikat tersebut dapat mencari solusi yang lebih baik untuk memperbaiki perkhidmatannya.

Mereka juga mendedahkan bahawa pembekuan tidak akan digunakan bagi kontrak staking jika hanya berurusan dengan satu aset sahaja.

Dalam pada itu, ETHW telah mengemukakan cadangan kepada pengguna mengeluarkan tokennya daripada liquidity pools kepada pertukaran terdesentralisasi (decentralized exchanges) serta platform pinjaman.

Tindakan ini telah mendapat kritikan hebat daripada pelbagai tokoh berpengaruh dalam komuniti kripto. Foobar, seorang pembangun dan juruaudit blockchain telah mempersendakan ETHW dengan mempersoalkan kecekapannya dalam menjayakan langkah yang diambilnya.

Gabungan Ethereum akan menggantikan makanisme konsesus Ethereum daripada Proof-of-Work kepada Proof-of-Stake. Ini akan mengurangkan penggunaan tenaga Ethereum lebih daripada 99%.

Namun begitu, ia juga akan menggantikan miners yang diperlukan dengan pengesahan sistem PoW .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat