Ini Sebab Pasaran Mula Mengurangkan Permintaan Terhadap Matawang Euro!

420

Matawang Euro masih bergelut untuk capai pengukuhan berbanding US dolar seperti yang dikecapi oleh matawang lain pada hari Rabu. Penganalisis berpendapat bahawa hal ini adalah disebabkan risiko yang bakal ditanggung berikutan rancangan pergerakan kawalan pergerakan (PKP) yang lebih panjang. Penangguhan pengedaran vaksin juga antara faktor lain yang mempengaruhi matawang.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.17% berbanding US dolar pada paras pertukaran 1.2106 setakat jam 10.10 p.m. Menurut penganalisis matawang, PKP atau ‘lockdown’ yang dikenakan bakal diperpanjangkan dan ini dapat menyebabkan ekonomi zon Eropah berhadapan kemelesetan ekonomi kali kedua.

Selain itu pelancaran vaksin Covid-19 yang lewat jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (A.S) dan Britain juga menjadi faktor utama penyusutan matawang Euro.Ditambah pula, kebanyakkan para penganalisis berpandangan bahawa mesyuarat ECB pada keesokan hari akan cenderung dovish.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan sebanyak 0.09% kepada paras tukaran 90.562 setakat jam 10.20 p.m menjelang perlatikan Joe Biden sebagai presiden secara rasmi.

Pasaran mula memberi tumpuan pada polisi yang akan diumumkan oleh Joe Biden selepas Janet Yellen menyatakan bahawa beliau cenderung lebih banyak pakej rangsangan dan pertukaran matawang ditentukan oleh pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat