Ini Sebab Pasaran Mula Meragui Keberkesanan Pakej ECB!

268

Dalam tinjauan yang dikelolakan oleh Reuters, kebanyakkan pakar ekonomi berpendapat pakej rangsangan ECB dijangka hanya akan memberi kesan yang sedikit terhadap ekonomi Zon Eropah.

Pakar ekonomi berpendapat bahawa prospek ekonomi Kesatuan Eropah (EU) tetap suram walaupun ECB telah membuat keputusan untuk menambah pembelian bon sebanyak setengah trillion kepada jumlah 1.85 trillion euro dan dalam masa yang sama memperpanjangkan program tersebut selama 8 bulan.

80 lebih pakar ekonomi meramalkan ekonomi zon euro menyusut 2.5% pada suku lalu setelah berkembang 12.5% pada suku ketiga. Walaupun begitu, suku pertama dijangka tumbuh 0.6% kemudian naik 2.3, 1.9% dan 1.0% pada suku kedua, ketiga dan keempat.

Lebih 70% ahli ekonomi mengatakan langkah dasar terbaru ECB hanya dapat memberi kesan yang sedikit terhadap ekonomi zon Eropah. Ekonomi kanan di Commerzbank, Christoph Weil mengatakan bahawa kadar faedah adalah sudah begitu rendah dan polisi sangat longgar tidak mempengaruhi pelaburan atau permintaan pengguna. Justeru sebahagian pakar ekonomi berpendapat ECB tidak dapat mempengaruhi ekonomi dengan kuat. Ditambah pula dengan banyak negara mengenakan ‘lockdown’.

Inflasi Zon Eropah kekal pada kadar negatif selama lima bulan berturut-turut pada tahun lalu dan ia dijangka akan terus di bawah sasaran ECB pada sasaran 2%

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.14% kepda paras tukaran 1.2062 berbanding US dolar pada jam 9.10 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat