Ini Sebab Pound Menjunam Sejak Sesi Eropah Semalam

542

Walaupun US dolar susut didorong oleh penurunan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), namun Pound Sterling gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuh ekoran kebimbangan terhadap perkembangan vaksin UK.

Agensi Perubatan Eropah menyatakan hubungan antara suntikan vaksin AstraZeneca yang memberi kesan sampingan darah beku ke atas penerima, namun kes tersebut adalah sangat jarang berlaku. Justeru, pengambilan vaksin tersebut masih digalakkan untuk mengurangkan risiko penularan.

Disebabkan kebimbangan tersebut, Pound Sterling susut semula berbanding US dolar setelah mencapai paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Namun, laporan bahawa UK telah menempah 17 juta dos 2-suntikan vaksin Moderna akan kembali meredakan kebimbangan sebelum ini. Bekalan tersebut akan cukup untuk menampung keperluan suntikan 8.5 juta rakyatnya.

Sementara itu, Agensi Pengawalseliaan Perubatan dan Produk Kesihatan Britain sedang mempertimbang cadangan untuk mengkaji langkah memperketatkan penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca kepada golongan belia.

Dalam laporan berbeza, University of Oxford dilaporkan menghentikan sementara ujian vaksin Covid-19 sementara menantikan butiran lanjut data berkenaan isu kesan sampingan darah beku oleh penerima suntikan sebelum ini.

Pelabur akan terus memantau perkembangan vaksin tersebut untuk jangkaan pemulihan ekonomi di UK selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson sebelum ini telah mengumumkan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat bermula 12 April.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat