Ini Sebab USD Kembali Kukuh Menjelang FOMC Esok

736

Matawang dollar USD yang sebelum ini didagangkan sekitar paras terendah tiga bulan ekoran terkesan daripada jangkaan bank pusat akan memperlahankan proses kitaran kenaikan kadar faedah, kembali mengukuh semula pada dagangan Selasa selepas tumpuan pelabur mula terarah kepada risiko kegawatan ekonomi pada zon Eropah. Isu yang membimbangkan pasaran tersebut timbul berikutan daripada data-data domestik zon Eropah yang memberi isyarat kepada pergerakan ekonomi yang semakin perlahan. Kemerosotan pada pengeluaran industri di Jerman yang tidak terjangka untuk bulan ketiga berturut-turut menambahkan lagi kelemahan pada matawang EURO. Aktiviti eksport di Jerman dilihat agak bergelut disebabkan permintaan global yang berkurangan dan pergolakan perdagangan yang didorong oleh polisi Presiden Donald Trump.

Sementara itu, matawang Sterling pula menyusut pada kadar separuh peratusan untuk sesi dagangan Selasa berikutan pelabur mengambil kesempatan untuk mengambil dahulu keuntungan pada posisi dagangan sebelum ini menjelang pasaran yang dijangka bergelora ekoran perdebatan pelan perjanjian Brexit Theresa May akan menjadi tumpuan utama. Undian Parlimen Britain dijadualkan pada 15 Januari, dengan jangkaan pasaran lebih melihat pada kekalahan May melainkan beliau berjaya mendapat sokongan terhadap pelan Brexitnya. Matawang GBP dijangka berkemungkinan akan bergerak lemah pada penghujung minggu ini ditambah pula faktor dollar USD yang mula menunjukkan peningkatan pada nilai dagangannya semakin memberi tekanan terhadap Sterling.

Beralih pada data ekonomi tumpuan pada sesi Asia pagi ini, data purata pendapatan di Jepun menunjukkan peningkatan 2.0% lebih tinggi daripada bacaan sebelum ini iaitu 1.5% walaupun jangkaan adalah menurun kepada 1.3%. Di Australia pula, data kelulusan bangunan baru merosot pada kadar -9.0% dan berkemungkinan akan memberi kesan terhadap aktiviti pembinaan di sana. Namun, data yang lebih menjadi tumpuan hari ini adalah penetapan kadar faedah oleh Bank of Canada (BoC) pada jam 11 malam ini dimana jangkaan kadar faedah akan dinaikkan ke paras 2.00% berbanding 1.75% sebelum ini. Seterusnya, pada jam 3 pagi awal Khamis pula, tumpuan akan terarah pula kepada mesyuarat FOMC yang ditunggu-tunggu pelabur pada minggu ini untuk melihat keputusan bank pusat FED sama ada akan ada kenaikan kadar faedah atau tidak. Kawal dagangan anda untuk menghadapi pasaran yang agak berliku untuk dagangan penghujung minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat