Ini Sebab Yang Menghalang Kenaikan Harga Minyak Lebih Tinggi

319

Dagangan komoditi hitam terus meraih pengukuhan dengan disokong oleh penutupan pengeluaran besar-besaran di Teluk Mexico berikutan ancaman Taufan Marco dan Ribut Tropika Laura.

Walau bagaimanapun, disebabkan peningkatan kes baru jangkitan Covid-19 di Asia dan Eropah yang masih berterusan, kenaikan dagangan minyak mentah sedikit terbatas dengan diniagakan bercampur-campur di sesi Asia.

Terbaru, lonjakan ketara kes baru jangkitan di Korea Selatan telah meletakkan negara itu dalam keadaan darurat setelah kes Covid-19 yang bermula dari Seoul telah merebak ke seluruh negara.

Sementara di Eropah, UK merekodkan 1,041 kes baru pada Ahad ketika negara itu bersiap sedia untuk membuka semula sesi persekolahan, manakala Jerman, Perancis dan Sepanyol pula turut mencatatkan peningkatan yang tinggi dalam kes harian.

Penanda aras minyak mentah Brent meningkat 10 sen kepada $45.74 setong, sementara WTI Amerika Syarikat mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 4 sen kepada $42.57 setong.

Kira-kira 82% pengeluaran minyak di Teluk Mexico telah dihentikan pada Isnin, di mana ia berpotensi menjejaskan bekalan minyak mentah sehingga 1.5 juta tong sehari atau hampir 14% daripada jumlah pengeluaran negara.

Selain itu, perkembangan positif mengenai perlaksanaan perjanjian perdagangan fasa 1 AS-China sedikit sebanyak turut membantu dagangan minyak mentah daripada merosot akibat kebimbangan terhadap permintaan global yang dilemahkan oleh peningkatan berterusan kes Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat