Ini Senarai Token Yang Menjadi Pilihan ‘Whales’ Ethereum Perlu Diketahui Pelabur!

2,611

Salah satu yang menjadi tarikan dalam teknologi berasaskan blockchain ialah ‘public ledgers’ dimana orang ramai boleh melihat transaksi yang berlaku secara telus dan terbuka. Sebahagiannya menjadikan ia sebagai bahan untuk analisis.

Maka tidak hairanlah lejar kelompok – kelompok ikan paus ini dijadikan sebagai panduan dalam mengatur strategi pelaburan untuk segelintir pihak. Para pelabur kebiasaannya kerap memerhatikan tingkah laku yang dilakukan oleh para ‘Whales’ Bitcoin dan Ethereum.

Sukacita untuk dikongsikan disini mengenai tingkah laku kelompok ‘whale’ Ethereum yang berada dalam carta 1 sehingga 100 berdasarkan pegangan Ethereum mereka. Turut dijadikan panduan ialah khidmat ‘whales tracker’. Sebenarnya kripto apakah yang dipegang oleh kelompok ikan paus dalam cara 1 hingga 1000 ini?

img1_ethwhales

Berdasarkan data dari ‘whale tracker’, Whale Stats, sebanyak $1.7 bilion dilaburkan dalam token FTT, yang merupakan token asli bagi bursa terkemuka kripto FTX. Token FTT menyumbang hampir 19% daripada jumlah pegangan. Kemudian pegangan terbesar diikuti oleh token memecoin Shiba Inu (SHIB). Kelompok ikan paus telah memegang SHIB bernilai $1.27 bilion yang menyumbang kira-kira 14.15% daripada portfolio mereka.

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa salah satu ‘Whale’ telah membeli SHIB bernilai $89 juta dalam satu transaksi. Selain SHIB matawang kripto yang menjadi pilihan adalah BEST, MATIC, MANA Decentraland, Chainlink, dan lain-lain lagi. Harus dimaklumi data ini adalah tidak termasuk matawang kripto Ethereum. Setakat ini mereka telah memegang lebih 10,694,610 ETH bernilai $31.9 bilion.

Disisi lain, data daripada Staking Rewards mendedahkan bahawa Solana kini mendahului carta dengan lebih $36 bilion berbanding Ethereum. Bukan itu sahaja, persaingan antara Solana dan Terra semakin sengit, dan kedua-dua ekosistem bersaing untuk mendahului carta.

Tamsilnya, meneliti tingkah laku ‘Whale’ telah menjadi sebahagian daripada strategi pelaburan yang kerap digunakan dalam kalangan pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat