Ini Sentimen Terkini Matawang Memasuki Dagangan Hujung Minggu

460

Sentimen berisiko berterusan pada dagangan pagi ini dengan matawang utama diniagakan berhati-hati ketika Amerika Syarikat merekodkan peningkatan terbesar dalam kes jangkitan baru di negara itu.

Kes baru di tiga negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai populasi terbesar telah mencatatkan peningkatan kes tertinggi minggu ini, sementara jumlah kematian pula masih kekal rendah tetapi dijangka meningkat dalam tempoh 2 minggu ini.

Kekhuatiran terhadap gelombang kedua penularan wabak terus menyebabkan pelabur ke aset lebih selamat menjadikan US dolar didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Indeks dolar kukuh pada 97.41 berbanding sekumpulan matawang utama. Berbanding yen, US dolar didagangkan mendatar pada sesi dagangan Asia setelah meraih 0.5% dari sesi semalaman.

Sementara itu di Eropah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai peningkatan kes di benua itu, yang mana kira-kira 20,00 kes baru dan 700 kematian direkodkan setiap hari.

Dalam pada itu, UK melaporkan 149 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir ketika pakar kesihatan negara itu memberi amaran mengenai gelombang kedua yang mungkin berlaku disebabkan langkah pelonggaran sekatan oleh kerajaan.

Pound mengecilkan penyusutannya berbanding USD dan euro dengan pelabur menyambut baik kesediaan Kesatuan Eropah (EU) untuk berkompromi dalam isu sensitif peraturan persaingan, yang mana ia mungkin mendorong kelancaran rundingan.

Sesi pasaran Asia turut menyaksikan turun naik dalam dagangan dolar Aussie dan kiwi di tengah ketegangan perdagangan antara ekonomi utama dunia dan kebimbangan terhadap gelombang kedua.

Ancaman tarif Eropah dan isu saluran paip Nord Stream 2 oleh AS telah mencetuskan amaran dari Canselor Jerman, Angela Merkel untuk mengenakan tindak balas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat