Ini Sikap & Reaksi Pasaran Menjelang Ucapan Jerome Powell!

699

Matawang US dolar kini menunjukkan prestasi yang cemerlang namun matawang euro terus menyusut berikutan pasaran memberi perhatian pada reaksi pemain pasaran terhadap kenaikan hasil bon. Sementara itu matawang New Zealand jatuh ke paras terendah tiga bulan kerana langkah baru pasaran perumahan.

Pasaran global mengambil sikap berhati-hati dengan pasaran ekuiti pasaran hadapan turut menunjukkan kejatuhan mengikuti penurunan dalam pasaran Asia.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Britain dan Kanada baru-baru ini telah mengenakan hukuman ke atas pegawai-pegawai China pada hari Isnin kerana pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang. Susulan itu, Beijing membalas dengan tindakan hukuman terhadap penggubal undang-undang, diplomat, institusi dan isi keluarga Eropah.

Turut menjadi faktor pemain pasaran berhati-hati adalah gelombang ketiga wabak Covid-19 di Eropah. Jerman mengambil langkah ‘lockdown’ dan menggesa warganegara mereka untuk tetap tinggal di rumah selama lima hari.

Ketua ekonomi Bank Pusat Eropah, Philip Lane, mengatakan bahawa bank pusat akan melaksanakan peranannya bagi memastikan hasil bon kerajaan pada paras sangat rendah.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.44% kepada paras tukaran 92.115 setakat jam 9.15 p.m.

Euro kembali susut di bawah harga 1.19000. Para penganalisis beranggapan,ECB lebih prihatin terhadap kenaikan hasil bon, justeru kemungkinan untuk mengetatkan dasar monetari.

Dolar kiwi yang telah ditekan oleh pengumuman Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern untuk memperkenalkan pakej bantuan terbaru untuk mengawal kenaikan harga rumah, terbenam lebih rendah disebabkan pengukuhan USD.

Pemain pasaran kini memberi tumpuan pada keterangan kongres yang akan diumumkan oleh ECB lebih prihatin terhadap kenaikan hasil bon. Hal ini bagi mendapat lebih informasi mengenai reaksi mereka dan untuk menentukan halatuju US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat