Ini Sikap & Reaksi Pemain Pasaran Menjelang Mesyuarat BOJ!

263

Matawang yen terus didangangkan lemah pada hari Isnin dengan US dolar mengukuh sebanyak 0.11% kepada paras 108.03 berbanding yen.

Penganalisis berpendapat minggu ini tidak banyak perubahan bagi matawang yen selain mencatat kerugian kecil setelah mengukuh ke paras tertinggi 3 minggu. Yen telah mencatat pengukuhan 2.6% berbanding US dolar pada bulan April.

Pada keesokan hari Bank Pusat Jepun (BoJ) akan mengadakan mesyuarat bersama para penggubal polisi. Penganalisis menjangkakan BoJ tidak akan membuat perubahan dalam polisi yang diterapkan. Pada pertemuan terakhir, BoJ menjelaskan bahawa dasar yang diterapkan membolehkan bon kerajaan 10 tahun didagangkan pada mata asas 25. Bank juga mengurangkan kekerapan pembelian bonnya.

Perlu dicatat untuk pemain pasaran bahawa bank pusat kini lebih optimis mengenai keadaan ekonomi Jepun. Pada bulan Januari, BoJ menyemak semula unjuran pertumbuhannya, dari 3.6% menjadi 3.9% untuk tahun fiskal 2021.

Jualan Runcit Jepun untuk Mac antara indikasi yang menyokong kenyataan tersebut. Indikasi perbelanjaan pengguna catat peningkatan sebanyak 4.6%. Jualan Runcit telah menurun dalam tiga pembacaan sebelumnya, kerana kadar jangkitan covid-19 tetap tinggi dan pengedaran vaksin sangat perlahan. Kenaikan jualan runcit yang kuat akan mendorong peningkatan perbelanjaan pengguna dan permintaan untuk yen Jepun.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.09% kepada paras tukaran 90.918 setakat jam 09.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat