Ini Situasi Pasaran Mata wang Menjelang Data Inflasi AS!

408

Dagangan sesi Asia menyaksikan US dolar didagangkan sedikit susut ketika pasaran mengambil langkah berhati-hati menjelang keluaran data inflasi Amerika Syarikat.

Terdahulu, raja mata wang itu memaparkan kekuatan untuk bangkit semula dari paras terendahnya pada awal minggu.

Namun, kenaikan yang dicatatkan hanyalah sederhana ditambah pula dengan ketiadaan pemangkin daripada data-data penting untuk menyokong mata wang gergasi itu.

Hari ini, semua tumpuan pelabur terarah kepada data inflasi AS yang dijangka menunjukkan bacaan tahunan tidak berubah pada 5% dan bulanan sedikit meningkat kepada 0.4% pada bulan April.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah mengatakan pada minggu lalu bahawa keputusan bank pusat seterusnya akan sangat bergantung kepada data.

Oleh itu, bacaan data inflasi pada malam ini akan menentukan arah pergerakan dolar greenback yang seterusnya.

Beralih ke pergerakan mata wang utama, pound terus mengukuhkan kedudukannya sebagai mata wang berprestasi terbaik pada dagangan minggu ini dengan didagangkan pada paras tertinggi satu tahun.

Mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang akan berlangsung pada hari Khamis turut menjadi tumpuan pelabur yang dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Sementara itu, mata wang euro melanjutkan penurunan lebih rendah susulan pengukuhan US dolar, sebelum sedikit menokok pada sesi Asia.

Dolar Aussie dan New Zealand pula mendatar pada sekitar paras ketinggian 4 minggu dan 5 minggu berbanding dolar greenback.

Keseluruhannya, pasaran mata wang kekal terhad ketika pasaran menantikan terbitan data utama inflasi AS pada hari ini.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat