Ini Situasi Pasaran Menjelang Mesyuarat Polisi ECB Dan Data Inflasi AS

350

Euro mempertahankan keuntungan yang diraih sebelum ini ketika tumpuan pelabur kini beralih kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada sesi New York.

ECB berdepan cabaran besar untuk menetapkan dasar monetarinya berikutan perang Ukraine-Rusia yang sedang berlaku telah menimbulkan risiko terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu di tengah pemulihan daripada Covid-19.

Sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rusia turut memberi impak besar buat Eropah, lebih-lebih lagi ia mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap import minyak dan gas dari negara itu.

Bukan itu sahaja, ECB juga menghadapi tekanan daripada lonjakan inflasi Eropah yang sudah tidak dapat dibendung lagi dengan meningkat sehingga 5.8% pada bulan lepas.

Pelabur akan meneliti kenyataan daripada Presiden ECB Christine Lagarde mengenai situasi semasa dan jangkaan untuk penetapan dasar sama ada bank pusat akan menamatkan program pembelian bon pada Mac atau melanjutkannya lebih lama lagi.

Pada sesi Eropah, mata wang euro kekal didagangkan stabil di sekitar harga 1.100 berbanding dolar greenback selepas mencatat peningkatan harian terbesarnya dalam tempoh 6 tahun pada Rabu.

Dalam pada itu, pelabur turut menantikan data inflasi Amerika Syarikat yang dijangka menunjukkan peningkatan pada bulan Februari dan memperkuatkan lagi keyakinan untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedahnya pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit berubah pada 98.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat