Ini Terjadi Pada Euro & USD Selepas Mesyuarat ECB & Data Inflasi AS

714

US dolar dilihat terus bergerak lemah dalam pasaran selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan utama minggu ini diterbitkan pada sesi New York semalam menyusuli laporan pekerjaan NFP AS pada minggu lalu.

Indeks harga pengguna AS yang mengukur kadar inflasi dilihat sedikit susut kepada 0.6% daripada 0.8% bacaan sebelumnya, namun tidak mencapai jangkaan penurunan 0.4%.

Justeru, bacaan inflasi tersebut dilihat masih belum cukup untuk mengubah pendirian polisi oleh Federal Reserve (Fed) yang berpandangan kenaikan harga pengguna hanya bersifat sementara.

Selain itu juga, pasaran saham global AS pamerkan peningkatan sementara hasil perbendaharaan 10 tahun AS semakin menjunam menuju ke paras 1.40% yang menambahkan lagi faktor untuk penyusutan US dolar dalam pasaran.

Sementara itu, tumpuan turut terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat Eropah sebelum tumpuan pelabur beralih kepada terbitan data inflasi AS.

European Central Bank (ECB) seperti dijangkakan masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.0% dan turut mengekalkan dasar semasa.

ECB mengulangi bahawa mereka akan terus menyokong ekonomi dengan program-program yang berbeza.

Kenyataan Presiden ECB, Christine Lagarde yang menyusul selepas itu dilihat disampaikan dalam nada yang bercampur. Beliau mengatakan tekanan harga masih kekal, dan masih awal untuk membincangkan langkah pengurangan pembelian aset (tapering).

Dalam masa yang sama, ECB telah meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi kepada 4.6% tahun ini dan 4.7% untuk tahun hadapan.

Mata wang Euro juga telah pamerkan penyusutan susulan reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat