Ini Tindakan Keras China Kepada US Jika Konflik Perdagangan Ini Masih Diteruskan

827

Berdasarkan laporan tabloid China pada hari Khamis, China boleh bertindak balas dengan menyerang syarikat US yang disenaraikan di Dow Jones Industrial Average jika Presiden A.S. Donald Trump terus memburukkan ketegangan dengan China melalui perdagangan.

Pada hari Isnin, Trump telah mengancam $ 200 bilion import China dengan tarif 10 peratus jika China bertegas untuk meneruskan $50 bilion dalam import.

Boeing Co, Apple Inc dan Nike Inc yang tersenari dalam Bursa Dow Jones berkurangan sebanyak 0.17 peratus pada hari Rabu. Indeks saham 30-saham telah menurun 0.25 peratus dari tahun ke tahun.

“Sekiranya Trump terus meningkatkan ketegangan perdagangan dengan China, kita tidak dapat menolak kemungkinan China akan menyerang dengan menggunakan pendekatan yang lebih keras dengan mensasarkan indeks Dow Jones,” kata Global Times dalam ulasan

Perkembangan ini menunjukkan seolah-olah dua ekonomi terbesar dunia semakin menuju ke arah konflik perdagangan selepas tiga rundingan sejak Mei gagal mencapai kesepakatan.

Tambah China berdasarkan laporan teresbut, walaupun China berhasrat untuk terus membuka pasaran kewangan China namun hal ini tidak bermakna mereka akan menyimpang dari prinsip.

“Beijing akan terus membuka pasaran kewangan China ke dunia, ia merupakan satu langkah yang dapat menarik dana dari pasaran saham A.S. kerana pelabur global semakin meningkatkan saham China dalam portfolio mereka,” katanya.

Hal ini akan dapat memberi kesan terhadap harga saham US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat