Ini Trader Perlu Hadam Untuk Dagangan USD Di Penghujung Minggu

960

Masih menjadi kebimbangan pelabur, penularan Covid-19 varian Delta yang kekal berisiko telah meningkatkan peraturan sekatan untuk sektor teknologi di China mempengaruhi sentimen pasaran di penghujung minggu.

Walaupun pasaran Wall Street menyaksikan peningkatan pada indeks utama, pasaran saham Asia didagangkan bercampur-campur membuatkan pelabur waspada terhadap sentimen pasaran berisiko.

Tumpuan pelabur juga turut beralih semula kepada isu pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) melalui langkah pengurangan pembelian bon selepas data indeks harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam memberi gambaran inflasi yang masih baik.

Pengukuhan US dolar telah memberi tekanan terhadap mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand. Namun, dengan jangkaan untuk US dolar berkemungkinan akan bergerak lemah semula memberi risiko perubahan arah harga.

Mata wang juga menerima tekanan oleh US dolar menuju dagangan penghujung minggu. Euro dilihat lebih berjaya menyerap tekanan berbanding Pound yang terus kecundang ke paras terendah terbaru minggu ini.

Pelabur melihat risiko terhadap ekonomi UK yang bergelut berdepan penularan Covid-19 di samping tekanan ketidaktentuan Brexit.

Sentimen keyakinan pengguna AS yang akan menjadi tumpuan pada sesi New York malam ini dijangka turut memberi kesan terhadap pergerakan US dolar sebelum menutup tirai dagangan minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat