Ini Yang Terjadi Kepada Matawang Utama Sesi Asia Menjelang Semakan Dasar Terkini RBA!

27

US Dollar melonjak dalam sesi Asia pada Selasa menjelang keputusan semakan semula dasar terkini dari Bank Pusat Australia.

USD/JPY melonjak naik sebanyak 0.05 peratus, manakala AUD/USD merosot sebanyak 0.12 peratus. Dalam sesi ini juga, EUR/USD melemah sebanyak 0.18 peratus.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan mengekalkan kara pada rekod terendah sebanyak 1.50 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat pada 0.10 peratus kepada 99.94.

Sebelum itu, Gabenor Reserve Bank of New Zealand mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyambung penggal kedua apabila tempoh lima tahun beliau menerajui bank tersebut tamat pada 26 September nanti. RBNZ dikatakan akan memulakan proses untuk mencari pengganti tempat tersebut sementara digantikan oleh timbalan gabenor bagi tempoh enam bulan. Ketua Kestabilan Kewangan pula akan mengambil alih jawatan Timbalan Gabenor.

Semalam US Dollar melonjak berbanding enam matawang utama, manakala Euro menjunam ke paras terendah dalam tempoh seminggu sebaik sahaja Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi tidak mengendahkan desakan untuk mengurangkan program rangsangan ekonomi ECB.

Euro menurun ke paras terendah selepas Draghi berkata program tersebut perlu diteruskan kerana asas inflasi masih berada pada tahap yang lemah. Beliau turut berpendapat bahawa kenaikan inflasi baru-baru ini hanyalah sementara kerana didorong oleh kenaikan harga minyak.

EU Sedia Bersama China Bagi Memperjuangkan Isu Perdagangan Bebas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat