Inilah Koin Yang Underrated Tapi Berpotensi Menurut Penganalisis!

2,781

Tidak ramai yang mengenali koin REN tapi penganalisa terkenal ini mendedahkan potensinya sebagai koin DeFi yang underrated.

Dalam videonya di Youtube baru-baru ini, Coin Bureau mendakwa walaupun REN berada di posisi yang terbaik sebagai lapisan saling kendali (interoperability) dalam sektor kripto, koin itu gagal meraih perhatian.

Secara ringkas, Ren adalah protokol kecairan cross-chain yang diperlukan untuk membenarkan aset non-Ethereum seperti Bitcoin dapat digunakan di blockchain Ethereum bersandarkan pada token ERC20.

Ketika ini, protokol Ren dalam usaha meluaskan lagi ekosistemnya di blockchain lain selain Ethereum.

Hanya dalam beberapa bulan sahaja, nilai pasaran renBTC di Ethereum telah melebihi 1 bilion. Bagaimanapun, ketika penulisan, nilai pasarannya sedikit susut kepada $726,570,604.

Penganalisa itu yakin REN akan terus berkembang susulan daripada berita ekosistem itu akan bekerjasama dengan pertukaran desentralisasi, Serum dan platform DeFi, OpenDAO.

Ren juga dilaporkan akan menyokong blockchain Avalanche. Sebelum ini, Ren mengumumkan telah bekerjasama dengan MyEtherWallet untuk menjadikan perlombongan renBTC menggunakan BTC dalam aplikasi mudah alih MyEtherWallet terlaksana.

Bagaimanapun, pelaburan dalam REN ada risikonya. Ada kebarangkalian tinggi pelabur besar akan dump token menyebabkan harga susut mendadak.

Ketika penulisan, REN didagangkan pada $1.03, susut hampir 8% dalam 24 jam. Nilai pasarannya telah mencecah lebih $1 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat