Inilah Sebabnya Kenapa GBP/USD Kembali Melonjak Tinggi

606

Bangkit semula menebus kekalahan, mata wang Pound Sterling kembali melonjak kukuh pada dagangan Selasa semalam selepas beberapa hari pamerkan prestasi yang corot.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketara berlaku perubahan trend harga selepas Pound mula mengukuh di samping US dolar juga didagangkan susut dalam pasaran.

Sebarang petunjuk berkenaan polisi bank pusat semestinya memberi impak secara langsung terhadap mata wang. Kenyataan oleh Gabenor bank pusat England (BOE) semalam telah meredakan jangkaan untuk pelaksanaan kadar faedah negatif kerana dibimbangi akan mengundang pelbagai masalah yang lain.

Hal ini telah memberikan keyakinan semula terhadap pelabur untuk meningkatkan pembelian Pound Sterling walaupun masih terdapat risiko ekonomi UK yang sedang berdepan krisis pandemik.

Pada dagangan Rabu semalam, harga pada carta GBP/USD telah melonjak sekitar 160 pips melepasi zon rintangan harga 1.36000.

Setelah menutup dagangan sesi New York sekitar 1.36600, harga menyambung kenaikan pada sesi Asia pagi ini menuju zon rintangan harga 1.37000.

Zon rintangan tersebut diuji pada awal minggu lalu sebelum menjunam semula. Paras ini juga menjadi yang tertinggi dicapai sejak dagangan April 2018 yang lalu.

Dengan momentum yang berjaya dikekalkan, harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggi melepasi rintangan tersebut sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru.

Namun jika sentimen pasaran berubah dan harga kembali membuat penurunan semula, zon sokongan harga dilihat pada 1.36000 dan juga 1.35000 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat