Perang perdagangan Canberra dan Beijing telah menyebabkan kerugian eksport komoditi Australia sebanyak $3 bilion pada tahun lalu.
Itulah nilai eksport Australia yang hilang pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya, di mana ia meliputi sekatan perdagangan ke atas tembaga, arang baru, wain dan lobster.
Walaupun nilainya nampak kecil, tetapi kesan ini juga menunjukkan terdapat keperluan ekonomi bagi negara itu untuk tunduk kepada tekanan China.
Impak ke atas industri tersebut sangat besar sehingga memaksa pengeksport meninggalkan pasaran terbesar mereka dan mencari pelanggan di tempat lain.
Walaupun hubungan antara kedua-dua negara itu bertambah buruk, tetapi China masih tidak berani untuk menyekat komoditi yang paling penting untuk ekonominya sendiri, iaitu bijih besi dan gas asli cair memadangkan Australia adalah pengeluar yang dominan.
China adalah rakan dagang terbesar Australia dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk selepas Canberra menyekat Huawei dan rangkaian 5Gnya.
Australia juga menentang China terhadap undang-undang keselamatan negara di Hong Kong serta menggesa supaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyiasat Beijing mengenai asal-usul coronavirus.