Inisiatif Covid Tak Dapat Sambutan? Mungkin Ini Punca Covid Terus Melanda!

333

Aduh, macam mana ni? Orang kaya semua memang risau nak beri sumbangan ke?

World Health Organization (WHO) dan badan-badan bantuan lain melaporkan inisiatif global dalam menyediakan ujian, rawatan dan vaksin Covid-19 kepada negara-negara miskin hanya menerima 5% sumbangan sahaja.

Inisiatif tersebut, Accelerator Access to COVID-19 TOOLS (ACT), menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya $23.4 bilion dari Oktober 2021 sehingga September 2022, di mana ia mengharapkan 16.8 bilion daripadanya datang dalam bentuk geran dari negara-negara kaya.

Namun, setakat ini inisiatif tersebut hanya berjaya mengumpul $814 juta sahaja.

Gordon Brown, duta WHO dan bekas perdana menteri Britain, berkata nilai 5% tersebut sangat mengejutkan dan mengharapkan warga dunia bangkit dan membantu usaha menghapuskan Covid-19.

Umumnya, inisiatif tersebut bukan sahaja disokong oleh WHO malahan turut mendapat sokongan badan organisasi lain seperti Coalition for Epidemic Preparedness Innovations, The Global Fund, dan Bill & Melinda Gates Foundation.

Accelerator ACT merangkumi inisiatif COVAX, yang memberi fokus kepada akses saksama vaksin kepada semua selain turut terlibat dalam penyediaan ujian dan rawatan kepada negara berpendapatan rendah, selain turut mengagihkan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi pekerja penjagaan kesihatan.

Pegawai kanan WHO, Bruce Aylward yang merupakan penyelaras inisiatif, menzahirkan rasa sedihnya kerana inisiatif tersebut kekurangan dana.

Akibat kekurangan dana, hanya 10% sahaja orang di negara berpendapatan rendah yang telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin berbanding 68% bagi negara yang lebih kaya.

Ekoran daripada itu, para pemimpin dunia telah menyuarakan kesediaan mereka menyokong inisiatif tersebut dengan memanggil para pelabur untuk melabur dalam rancangan untuk menamatkan fasa pandemik Covid-19 tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat