Insiden Tampar Jadi Inspirasi – Token Meme “Will Smith Inu” Berjaya Kaut Keuntungan 10,000%!

2,073

Kontroversi terkini pelakon lelaki terbaik Oscar 2022, Will Smith telah melempang pelawak Chris Rock ketika majlis siaran langsung anugerah kerana menganggap lawak ke atas isterinya adalah terlalu keterlaluan.

Kejadian tersebut telah menarik perhatian dunia sehinggalah ke Malaysia. Rata-rata mula membahaskan dan menggali semula mengenai kisah Will Smith. Namun dalam masa yang sama, ada individu yang mengambil peluang untuk memanfaatkan kejadian ini, tidak terkecuali mereka yang terliibat dalam dunia kripto.

Dalam tempoh 24 jam, telah terdapat memecoin yang diterbitkan berikutan terinspirasi daripada kejadian tersebut, antaranya ialah Will Smith Inu atau Slap token. Slap Token dengan nama Will Smith Inu telah berjaya mencatat keuntungan yang besar di bursa perdagangan Uniswap.

Token Will Smith Inu yang berasaskan blockchain Ethereum ETH/USD meroket sehingga 10,000% dan berjaya mengumpulkan jumlah dagangan $3.65 juta. Namun begitulah ‘nature’ memecoin yang kerap menjadi ‘pump and dump’ menyebabkan keuntungan tersebut tidak kekal lama.

Token tersebut setakat ini masih mencatat keuntungan 2x ganda. Selain itu, kejadian tersebut juga ada yang tukar menjadi koleksi NFT di pasaran OpenSea. Setakat ini, pengguna OpenSea “Will Smith Slap DAO” telah menjual 730 token dengan harga antara $7 dan $300

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru di pasaran kripto. Sebelum ini juga pernah mucul token Squid Game yang terinspirasi daripada drama bersiri yang sempat naik sehingga 83,000% sebelum di rugpull. Pemain pasaran sebaik-baiknya mengambil langkah lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan situasi seperti ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat