Insiden Terbesar Dalam Sejarah Kripto, RM2.6 Bilion Lesap Dari Ronin Network!

1,026

Ronin Network, rangkaian yang mendukung permainan berkonsepkan play to earn (P2E), Axie Infinity ditampar dengan berita buruk selepas berhadapan kerugian mencecah sejumlah besar USDC dan ether (ETH) bernilai $625 juta.

Difahamkan sebanyak 173,600 ETH dan 25.5 juta USDC telah hilang gara-gara penggodam yang memalsukan pengeluaran pada 23 Mac.

Namun kesan penggodaman itu disedari apabila salah seorang pengguna gagal mengeluarkan 5,000 ETH pada 29 Mac.

Berdasarkan perkongsian rasmi Ronin Network, eksploitasi itu memberi kesan kepada pengesah nod rangkaian itu, menyebabkan pengoperasian Ronin Bridge dan Katana DEX terpaksa ditangguhkan buat sementara.

Untuk pengetahuan, Ronin memiliki 9 nod pengesah dan 5 daripadanya diperlukan untuk aktiviti deposit atau pengeluaran.

Tetapi penggodam tersebut berjaya mengawal empat pengesah Ronin dan satu pengesah luar yang dikuasakan oleh Axie DAO.

Rekod daripada Etherscan mendedahkan sebanyak 6,250 ETH ($20,988,586) telah dikeluarkan dari wallet penggodam dan selebihnya masih kekal.

Manakala jumlah USDC bernilai $25.5 juta dipindah ke beberapa wallet dan protokol DeFi.

Reaksi token natif Axie Infinity (AXS) dan Ronin Network (RON)

Pada 23 Mac, AXS mencatatkan peningkatan harga lebih 47%, dari paras terendah harian, $50.81 kepada $74.76 pada 25 Mac.

Situasi lebih buruk untuk RON kerana harganya susut mendadak pada 29 Mac.

Berdasarkan carta harganya, RON didagangkan pada $2.43 pada 28 Mac sebelum susut hampir 35% pada keesokkanya ke paras $1.58.

Ketika penulisan artikel, kedua-dua aset ini didagangkan lebih rendah dalam 24 jam dengan AXS bernilai $63.02 seunit (-6.63%) dan RON bernilai $1.81 (-19.31%).

Nampaknya, insiden ini menjadi penggodaman terbesar dalam sejarah kripto selepas Crypto Heist di Poly Network yang berlaku pada Ogos 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat