Inspirasi Daripada Permainan Pokemon, Axie Infinity (AXS) Telah Meroket 170%!

298

Axie Infinity merupakan perdagangan (trading) dan battling game yang berasaskan blockchain, manakala sebahagiannya dimiliki dan dikendalikan oleh pemain-pemainnya (players).

Diilhamkan daripada permainan popular seperti Pokemon dan Tamagotchi, membolehkan pemain mengumpul, membiak, memelihara dan bertarung.

Dicipta pada tahun 2018 oleh Sky Mavis, diasaskan bersama oleh Trung Nguyen dan Aleksander Larsen.

Axies mempunyai pelbagai bentuk yang terdapat lebih daripada 500 bahagian badan yang berbeza, termasuk bahagian akuatik, binatang, burung, pepijat, tumbuhan dan replika.

Setiap Axie adalah non-fungible token (NFT) dengan sifat dan kekuatan yang berbeza dan boleh dimasukkan ke dalam battle 3v3, pasukan yang memenangi battle mendapat lebih banyak point experience (exp) yang boleh digunakan untuk menaikkan level statistik Axie atau mengembangkan bahagian badan mereka.

Menariknya, Axie ini boleh membiak bersama-sama untuk menghasilkan anak-anak yang baru dan unik, yang boleh digunakan atau dijual di pasaran Axie.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga AXS/USDT.

AXS telah mencetuskan rekod pasaran yang cemerlang pada pasaran 2021 dengan menghasilkan kenaikan agresif lebih 2,500% mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $11.52 pada 20 April yang lalu.

Pada penghujung bulan Jun sehingga semalam, pergerakan harga telah menyaksikan trend bullish menghasilkan lebih 170% kenaikan positif yang menarik perhatian para pelabur.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga kini sedang susut kembali ke zon RBS (resistance become support) sekitar $8 samada membuat pembetulan harga (correction) atau meneruskan penurunan.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal meneruskan penurunan dan melepasi ruangan zon RBS sekitar $8 tersebut, zon RBS seterusnya sekitar $6.5 bakal menjadi tumpuan untuk diuji samada membuat rebound atau membuat penurunan ke zon terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Namun, jika harga AXS kembali menunjukkan trend bullish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon resistance sekitar $9.5 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta matawang kripto AXS/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat