Instagram Bored Ape Yacht Club (BAYC) Kena ‘Hack’, 54 NFT Bernilai RM59.6 Juta Lesap!

478

Siapa sangka akaun Instagram milik koleksi NFT terkenal dunia, Bored Ape Yacht Club (BAYC) digodam dan menyebabkan kehilangan 54 beruk bernilai lebih $10 juta!

Apa yang berlaku?

Pada Isnin, Instagram dan ruangan Discord rasmi milik BAYC tiba-tiba mengirimkan pautan (link) mint kepada para pengikutnya.

Pautan tersebut dikatakan peluang untuk pengguna mint ‘tapak’ di metaverse Otherside yang dijadualkan pelancarannya pada minggu ini.

Bagaimanapun, wallet kesemua pengguna yang terpedaya dengan pautan tersebut menjadi mangsa penggodam, menyaksikan kehilangan 24 NFT BAYC dan 30 NFT Mutant Ape Yacht Club (MAYC).

Koleksi NFT tersebut rupanya tanpa sedar dipindahkan ke wallet

Difahamkan 54 NFT tersebut berjumlah $13.7 juta (RM59.63 juta).

Susulan daripada insiden tersebut, BAYC akhirnya memuatnaik amaran menerusi ciapan rasmi di laman Twitter: “Tiada mint berlaku pada hari ini. Akaun Instagram BAYC nampaknya telah digodam. Jangan mint apa-apa, tekan pautan, atau hubungkan wallet anda kepada apa-apa aplikasi dan peranti.”

Etherscan juga mengambil inisiatif dengan melabel alamat wallet penggodam dengan tanda ‘pancingan/godam (phish/hack)’.

Jurucakap Yuga Labs menjelaskan: “Penggodam itu telah memuatnaik pautan palsu yang membawa pengguna ke laman web BAYC palsu. Bermula dengan laman web tersebut, pengguna diminta untuk menghubungkan akaun MetaMask mereka dengan wallet penggodam bagi menyertai airdrop palsu.”

Segala pautan yang dikongsi di Instagram dan Discord telah dipadam dan Yuga Labs sedaya upaya cuba untuk kembalikan akaun yang digodam.

Yuga Labs juga cuba berhubung dengan mangsa godaman untuk pulihkan ketegangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat