Iran Bayar Import Pertama Dalam Kripto Yang Bernilai $10 Juta

164

Kerajaan Iran dilaporkan telah mendaftarkan pesanan import pertamanya menggunakan bayaran dalam bentuk mata wang kripto dengan nilai $10 juta .

Tujuan Iran memutuskan untuk menggunakan pilihan pembayaran tersebut adalah disebabkan kekurangan mata wang asing ekoran daripada sekatan ke atas negaranya. Selain itu, ini dilihat menjadi pencetus untuk membenarkan negara berdagang melalui aset digital serta berdagang dengan negara lain juga merupakan salah satu matlamatnya.

Ini merupakan laporan pertama yang disiarkan oleh agensi berita Tasnim, sebuah agensi berita terkenal yang berada di negara tersebut.

Iran juga telah meminda perundangan asetnya bagi membenarkan aktiviti perlombongan mata wang kripto untuk digunakan sebagai pembelian.

Laporan yang dipetik oleh tweet Alireza Peyman-Pak, pegawai Kementerian Perindustrian, Lombong dan Perdagangan berkata bahawa menjelang akhir September, penggunaan mata wang kripto serta kontrak pintar akan digunakan secara meluas dalam perdagangan asing termasuklah negara-negara rakan dagangnya.

Walaupun kerajaan telah membenarkan mining kripto di negara ini sejak 2019 lagi, tetapi negara Iran masih mengawal ketat sektor tersebut.

Misalnya, peraturan ketatnya pada tahun lepas telah membuatkan negara memberontak terhadap local mining berhubung penggunaan tenaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat