Israel Perbesarkan Lagi Serangan, Rafah Tunggu Masa Untuk ‘Lenyap’

426

Serangan ketenteraan terus mara ke pinggir daerah sesak di Rafah pada Rabu. Kejadian itu disifatkan dahsyat berikutan pengeboman yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza bulan ini.

Pencerobohan Israel ke atas Rafah di selatan Gaza menyebabkan ratusan ribu penduduk melarikan diri dari kawasan perlindungan itu. Kira-kira separuh daripada 2.3 juta penduduk berlindung di kawasan itu.

Serangan itu juga memutuskan laluan akses utama untuk bantuan ke Gaza sekali gus mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan penduduk di sana.

Tentera Israel perlahan-lahan bergerak ke pinggir timur Rafah sejak awal bulan Mei.

Penduduk berkata kereta kebal mula mengambil kedudukan baharu pada Rabu menuju ke lokasi lebih jauh ke barat berbanding sebelum ini namun belum memasuki daerah itu kerana pertempuran sengit.

Dron Israel melepaskan tembakan ke pinggir bandar Yibna dan menyerang bot nelayan di pantai Rafah yang menyebabkan sebahagiannya terbakar.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza menganggarkan lebih 800,000 penduduk telah melarikan diri dari Rafah sejak Israel mula menyasarkan bandar itu.

Di bandar Zawayda di tengah Gaza, serangan udara Israel membunuh tujuh individu dalam satu rumah. Jabalia yang menempatkan lapan kem pelarian turut diserang selama dua minggu.

Pegawai kesihatan dan penduduk berkata, seluruh daerah kediaman telah musnah dan berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat