Isu Apa Pula ? Kesatuan Eropah (EU) Zahirkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan China

941

Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan bahawa pihak mereka tidak teragak-agak untuk memberi tekanan kepada China jika mereka tidak bersikap neutral dalam mengambil pendirian terhadap pencerobohan Rusia baru-baru ini ke atas Ukraine.

Berdasarkan laporan daripada CNBC, terdapan kebimbangan dalam kalangan pegawai-pegawai Eropah mengenai peranan yang mungkin dimainkan China dalam perang antara Rusia dan Ukraine. Pihak berkuasa China setakat ini enggan mengecam sepenuhnya pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan mengambil sikap berkecuali semasa mengundi untuk resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Amerika Syarikat disisi lain juga menunjukkan sikap yang sama malah menuduh bahawa Rusia telah meminta China untuk mendapatkan sokongan ketenteraan dan ekonomi, dimana kedua-duanya perkara tersebut dinafikan oleh Kremlin dan Beijing.

Pegawai yang sama berkata bahawa hubungan ekonomi EU-China dan pertikaian perdagangan baru-baru ini mungkin dibangkitkan semasa perbincangan di sidang kemuncak. Justeru tidak hairanlah bahawa ada yang berpandangan bahawa sidang kemuncak itu dapat menentukan hubungan EU-China.

Sebelum ini terdapat laporan Menteri Luar Negera Estonia Eva-Maria Liimets memberitahu bahawa jika China membantu Rusia dalam pencerobohan Ukraine maka Eropah harus membincangkan sekatan terhadap Beijing juga.

Hubungan EU dengan China telah bergelombang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Maka tidak hairanlah EU selalu berbeza pandangan dengan China.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat