Isu Brexit Mendorong Matawang Pound Susut Ke Paras Terendah 1 Bulan!

0 297

US dolar menyusut berbanding matawang safe-haven yen pada hari Selasa berikutan kebimbangan pasaran terhadap perkembangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada awal dagangan hari Selasa, China telah bertindak balas terhadap keputusan Amerika Syarikat dengan mengantung penyaiaran permainan NBA dan menyuarakan bantahan keras ke atas tindakan Pesuruhjaya NBA, Adam Silver.

Walaupun isu ini tidak berkaitan secara langsung, tindakan China ini susulan beberapa jam pentadbiran Amerika Syarikat membuat keputusan melarang syarikat-syarikat A.S daripada berurusan dengan 28 syarikat teknologi China berikutan keterbabitan mereka dengan isu hak asasi manusia di wilayah Xinjiang barat China.

Dalam masa yang sama, inflasi harga pengeluar Amerika Syarikat mencatat kejatuhan pada bulan secara tidak langsung memberi ruang kepada the Fed yang mengurangkan kadar faedah pada bulan ini.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama mencatat bacaan pada paras 98.898 setakat jam 11.50 p.m.

Disisi lain, matawang pound merosot pada hari ini selepas kerajaan UK menyalahkan Canselor Jerman, Angela Merkel yang membuatkan perjanjian Brexit menjadi mustahil.

Matawang GBP jatuh melebih 0.7% berbanding US dolar kepada paras rendah 1.2205.

Dalam masa yang sama, sebuah agensi majalah UK, Spectator melaporkan pendirian tegas PM UK Boris Johnson dan bersedia untuk meninggalkan EU dengan no-deal Brexit susulan laporan mengenai pelan cadangannya ditolak oleh EU.

Berdasarkan laporan berasingan oleh BBC, rundingan Brexit dikatakan akan terputus kecuali jika Britain menerima Ireland Utara untuk kekal dalam kesatuan kastam EU, menguatkan lagi andaian bahawa kesepakatan antara kedua-dua pihak ini tidak akan dicapai.

Para pelabur kini menumpukan pada laporan minit mesyuarat FOMC bulan September yang akan dikeluarkan pada keesokan hari. Laporan ini akan memberi indikas adakah the Fed akan meneruskan pemotongan kadar faedah pada bulan Oktober atau tidak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.