Isu Eksport Minyak Mentah Iran, Yen Pula Mengukuh Pada Sesi Asia Hari Ini

441

Matawang dolar Amerika diniagakan berhati-hati pada dagangan Selasa sementara pelabur sedang menunggu data utama untuk minggu ini iaitu bacaan awal kadar pertumbuhan GDP Amerika Syarikat pada penghujung minggu.

Greenback sebelum ini didagangkan stabil beberapa minggu berikutan peningkatan pada hasil perbendaharaan 10-tahun AS dan tanda-tanda pengukuhan ekonomi selepas permulaan yang lemah untuk dagangan awal tahun ini.

Data yang menjadi tumpuan semalam adalah kadar jualan rumah sedia ada di AS yang menurun kpeada 5.21 juta unit lebih rendah daripada jangkaan penurunan 5.31 juta unit daripada bacaan sebelum ini pada 5.48 juta unit yang dilaporkan setiap bulan secara format tahunan.

Data jualan rumah baru di AS akan menjadi tumpuan pula pada malam ini, namun gambaran lebih jelas untuk pelabur adalah selepas data pertumbuhan GDP dikeluarkan pada Jumaat nanti.

Matawang dolar Kanada menyerlah pada dagangan semalam walaupun pasaran masih bergerak pasif berikutan cuti Easter holiday. Pengukuhan CAD adalah berikutan kenaikan harga minyak mentah selepas Amerika Syarikat merancang untuk mengetatkan lagi sekatan terhadap eksport minyak Iran bermula bulan hadapan.

Laporan menyatakan Washington bercadang untuk menghapuskan pengecualian sekatan ke atas lapan negara yang masih berurusniaga minyak Iran bermula bulan hadapan untuk memastikan eksport minyak Iran menghampiri paras sifar.

Dengan itu, Loonie melonjak berikutan harga minyak mentah yang turut melonjak ke paras tertinggi enam bulan susulan laporan berkenaan tindakan agresif Amerika Syarikat itu dikeluarkan.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, Jepun mula menunjukkan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain. Ini juga turut berkaitan isu minyak mentah yang menjadi buah mulut dalam pasaran semasa.

Keputusan Amerika Syarikat untuk menekan eksport minyak mentah Iran ke paras sifar dengan menghapuskan pengecualian sekatan ke atas negara-negara yang berkecuali sebelum ini memberikan impak yang minima terhadap ekonomi Jepun, berikut adalah kenyataan Menteri Perdagangan Jepun, Hiroshige Seko menurut laporan pada Selasa.

Seko turut memberi jaminan bahawa tidak perlu tindakan untuk menggunakan rizab minyak negara.

Pasaran kewangan di Australia dan New Zealand telah kembali beroperasi semula selepas Easter holiday dan jangkaan pelabur bahawa pasaran akan kembali normal dengan kecairan yang tinggi dalam pasaran untuk kembali meneruskan dagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat