Isu George Floyd: Benarkah George Soros Biaya Perusuh di US?

2,313

Dalam kekecohan yang tercetus di Amerika Syarikat susulan isu kematian George Floyd ketika insiden penahanan oleh pihak berkuasa Minneapolis minggu lalu, timbul pula teori konspirasi terbaru yang menyatakan bahawa jutawan George Soros menjadi dalang terhadap rusuhan dan keganasan yang berlaku.

Gabenor Minnesota, Tim Walz bersama Datuk bandar Minneapolis Jacob Frey, Datuk Bandar Saint Paul Melvin Carter dan peguam Minnesota Keith Ellison telah mengesahkan pada Sabtu lalu, bahawa protes yang menyebabkan keganasan adalah dicetuskan oleh pihak luar.

Datuk Bandar Jacob Frey menyatakan bahawa perusuh yang melakukan keganasan adalah bukan dari penduduk Minneapolis. Sementara Datuk bandar Carter mengesahkan bahawa setiap pesalah yang ditahan dalam rusuhan di bandarnya adalah orang luar.

Dalam kenyataan oleh Presiden A.S Donald Trump di laman Twitternya turut menyatakan 80% perusuh di Minneapolis adalah dari penduduk luar. Mereka merosakkan perniagaan, rumah-rumah dan membahayakan keselamatan penduduk di bandar.

Pihak berkuasa sedang menyiasat jenayah dalam talian, termasuk sebarang kenyataan oleh supremasi kulit putih yang disyaki cuba mencetuskan keganasan dengan menyokong rusuhan dan keganasan di Minneapolis.

Pihak penyokong konservatif bersayap kanan mula membangkitkan semula teori-teori konspirasi dahulu berkaitan George Soros dengan dakwaan beliau yang menjadi ‘mastermind’ di sebalik organisasi protes dan rusuhan.

Soros telah menyumbang berbilion untuk Open Society Foundation, yang menyalur dana kepada projek di seluruh dunia untuk gerakan demokrasi termasuk dari “Planned Parenthood” sehinggalah kepada “Black Lives Matter”, yang sering terlibat dengan aktiviti tunjuk perasaan.

Soros, jutawan dunia dengan anggaran kekayaan bernilai $8.3 bilion, sering dikaitkan dengan konspirasi bersayap-kiri di mana penyokong konservatif bersayap kanan mendakwa beliau telah terlibat dalam pelbagai protes termasuk protes “Ferguson Unrest” pada 2014, rusuhan keganasan “Unite the Right Rally” di Charlottesville, Virginia pada 2017 dan juga protes “national anthem” National Football League sejak 2016 hingga sekarang.

Begitu banyak teori konspirasi mensasarkan Geogre Soros sebagai dalang kerana sokongan liberal serta Open Society Foundation beliau yang telah menyokong beribu demokrasi hak asasi manusia di seluruh dunia dan terbaru didakwa membiayai rusuhan George Floyd.

Akibat itu juga, sudah lama beliau menjadi sasaran dan turut menerima ancaman. Pada 2018, dilaporkan terdapat alat letupan dijumpai di dalam peti surat rumahnya namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat