Isu Hangat Kripto Di India Akhirnya Terjawab – Ini Penjelasan Menteri Kewangan Perlu Diketahui Pasaran!

715

Baru-baru ini komunti kripto di India terutamanya dikejutkan dengan ura-ura bahawa kerajaan India ingin mengikut jejak langkah China dengan mengharamkan kripto secara berperingkat.

Spekulasi yang beredar dalam suatu jangka pendek ini telah memberi kesan dalam bagaimana pemain pasaran bertindak. Sebahagian dalam kalangan pemain pasaran khususnya dalam kalangan pelabur di India menjadi panik dan menjual sebahagian pegangan mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Rentetan dari kejadian tersebut melalui desakan orang ramai, akhirnya kerajaan India tampil memberi penjelasan mengenai sepekulasi yang beredar. Menurut Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman, kerajaan India secara pastinya tidak mahu menganggap Bitcoin sebagai matawang di negara itu.

Namun begitu beliau tidak menyebut mengenai apa-apa yang berkaitan pegharaman kripto dan penggantungan aktiviti perdagangan kripto. Hal ini secara tidak langsung mengesahkan maklumat daripada sumber dalaman bahawa kerajaan hanya mempertimbangkan untuk mengawal selia kripto sebagai aset dan dalam masa yang sama melarang penggunaanya sebagai bentuk pembayaran. Disisi lain dapat dikatakan bahawa perdagangan kripto akan diteruskan seperti biasa.

Baru-baru ini pasaran kripto telah terkesan dan mengalami pembetulan harga yang salah satu faktornya berikutan spekulasi yang berlaku di India. Menjelang penghujung suku ketiga, Sitharaman memberi amaran kepada kerajaan agar bersifat lebih berhati-hati terhadap kripto dengan menegaskan bahawa ia boleh menjadi pilihan berisiko yang mungkin mengekang “perkara futuristik”.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat