Isu Perang Dagang Masih Tegang, Yuan dan Aussie Menyusut

265

Permulaan dagangan untuk minggu ini menyaksikan matawang safe-haven mengukuhkan kedudukannya sementara Yuan China dan dolar Australia menyusut pada sesi pasaran Asia hari ini berikutan ketegangan perang dagang terbaru antara Amerika Syarikat dan China.

Dua ekonomi gergasi dunia tersebut dilihat masih berada dalam kebuntuan dalam menyelesaikan rundingan dagang pada Ahad. Washington menuntut janji terhadap perubahan undang-undang China dan Beijing mengatakan mereka tidak akan menerima sebarang tawaran yang merugikan kepentingan mereka.

Ketengan perang dagang mula meningkat pada Jumaat lalu setelah Amerika Syarikat akhirnya telah pun menaikkan kadar tarif terhadap barangan import China yang bernilai $200 bilion dolar. China bertekad untuk bertindak balas namun belum memberikan maklumat yang lebih terperinci.

Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Presiden Xi Jinping akan bertemu pada persidangan G20 di Jepun pada akhir Jun untuk meneruskan rundingan perdagangan.

Dolar Australia yang sensitif terhadap perubahan sentimen dalam pasaran menunjukkan penurunan ekoran sentimen pasaran yang masih berisiko.

Matawang dolar Amerika Syarikat turut didagangkan lemah berikutan ketegangan perang dagang tersebut. Selain itu juga, bacaan pada kadar inflasi yang dikeluarkan pada Jumaat mencatatkan angka yang menurun.

Sementara, Pound Sterling pula masih kekal berada dalam kelompok dagangan yang berisiko ekoran rundingan Brexit tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang meyakinkan. Data pertumbuhan GDP di UK yang dikeluarkan pada Jumaat turut mencatatkan kejatuhan.

Pelabur pula semakin meragui Perdana Menteri Theresa May untuk mencapai kesepakatan bersama parti pembangkang dalam usaha meneruskan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Terus ikuti perkembangan isu-isu semasa dalam pasaran kewangan untuk anda lebih peka terhadap sebarang perubahan sentimen pasaran yang mempengaruhi pergerakan harga. Lihat juga data-data penting sepanjang minggu ini untuk rujukan analisis dagangan anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat