Isu Yang Berlegar Menjelang Perjumpaan Trump Dengan Presiden Suruhanjaya Eropah

425

Pada awal pagi hari ini, Presiden US Donald Trump telah mengatakan pemimpin Eropah akan tiba ke Washington pada minggu hadapan bagi menyelesaikan masalah pengenaan tarif keatas kenderaan. Sementara penasihat ekonomi utama Trump mengatakan Presiden China, Xi Jinping masih lagi berdalih untuk mengadakan rundingan perdagangan.

Menjelang perjumpaan antara Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker akan membincangkan mengenai tarif kereta dan Trump menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu isu ”yang besar” dalam hubungan US-EU.

Trump menganggap bahawa tarif 10 peratus EU terhadap kereta adalah tidak adil jika dibandingkan tarif US yang hanya 2.5 peratus.

Selain itu Trump juga mengatakan bahawa jika rundingan yang bakal diadakan ini tidak adil maka kami akan memberi hukuman yang berat.

Trump telah mengancam untuk menaikkan tarif yang lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas kereta yang diimport. Terkini Setiausaha Perdagangannya, Wilbur Ross, sedang menjalankan kajian sama ada kenderaan dan bahagian import dapat mengancam keselamatan negara.

Dalam kenyataan berasingan, Larry Kudlow, yang mengetuai Majlis Ekonomi Rumah Putih, mengatakan Jean-Claude Juncker akan membawa tawaran penting dalam isu perdagangan.

Selain itu, Kundlow juga percaya bahawa Presiden Xi, sekarang ini tidak ingin membuat apa-apa kesepakatan walaupun perkara tersebut dikhendaki oleh pegawai bawahan termasuk penasihat ekonomi Xi. Walaubagaimanapun Xi enggan membuat perubahan pemindahan teknologi China dan dasar perdagangan.

Tamsilnya, ancaman tarif 25 peratus ini dapat memberi impak pada pengeluaran kereta Eropah dan Jepun. Juncker akan berkunjung ke Washington bagi mengajukan tawaran perdagangan pada minggu hadapan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat