Isyarat Bearish Selepas AUD/USD Susut Semula 100 Pips?

230

Prestasi cemerlang mata wang dolar Australia pada minggu lalu kembali berakhir suram susulan menerima tekanan terhadap kebimbangan risiko penularan varian coronavirus Omicron.

Selain sentimen positif pasaran minggu lalu, dolar Australia juga turut disokong oleh terbitan laporan data pekerjaan Australia untuk bulan November yang kukuh dengan pertambahan pekerjaan 366,100 lebih tinggi mengatasi jangkaan 203,000 dan kadar pengangguran yang susut sehingga 4.6% daripada 5.2%.

Dengan penyusutan yang dipamerkan oleh US dolar juga telah membuka ruang untuk dolar Aussie mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi 3 minggu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah melonjak dari zon sokongan 0.71000 sehingga hampir mencapai paras ketinggian 0.72200 pada Khamis lalu.

Namun, kembali mengecewakan pelabur Aussie apabila harga menjunam semula pada Jumaat susulan peningkatan kebimbangan Omicron di penghujung minggu membuatkan pelabur beralih ke pasaran lebih selamat.

Bersambung sehingga pembukaan dagangan awal minggu ini, harga meneruskan penurunan ke zon sokongan 0.71000 untuk menilai sama ada zon tersebut mampu menyokong kenaikan semula seperti minggu lalu.

Jika sentimen pasaran kekal berisiko, pelabur bakal menjangkakan kejatuhan lebih rendah harga dengan sasaran menuju zon support utama pada 0.70000.

Sebaliknya jika harga berjaya mendapat rentak kenaikan semula, paras rintangan sekitar 0.71800 menjadi paras tumpuan awal untuk diuji.

Seterusnya kenaikan yang diteruskan akan menguji pula zon rintangan 0.712000 yang dicapai pada kenaikan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat