Isyarat Terbaharu OPEC+ Dorong Harga Minyak Kembali Stabil!

264

Minyak mentah didagangkan stabil selepas penyusutan ketara yang dicatatkan pada awal minggu, membawanya ke paras terendah satu minggu.

Penyusutan ini berlaku selepas China mengumumkan penutupan di bandar Shanghai bagi membendung penularan Covid-19, yang akan menjejaskan pergerakan 26 juta penduduk dan operasi kilang-kilang pembuatan.

Ini juga dilihat akan memberi impak lebih besar kepada permintaan bahan api dari bandar yang juga dikenali sebagai hub kewangan China itu.

Selain itu, harga minyak turut terkesan berikutan harapan pelabur terhadap rundingan damai yang dirancang antara Ukraine dan Rusia, di mana wakil dari kedua-dua negara dijadualkan bertemu di Istanbul pada Selasa.

Meskipun begitu, laporan mengenai rancangan OPEC+ untuk mengekalkan tambahan pengeluaran semasa walaupun terdapat ketidakpastian yang ditimbulkan oleh perang Ukraine-Rusia sedikit memberi sokongan buat dagangan minyak mentah.

OPEC+ akan mengadakan pertemuan pada hari Khamis bagi membincangkan komitmen bekalannya untuk bulan Mei. Kumpulan itu telah memberi isyarat bahawa ia akan berpegang pada dasar sedia ada.

Pada pembukaan sesi Eropah, dagangan WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat sekitar 1.6% pada $105 setong, manakala minyak mentah Brent menokok hampir 2% pada $111 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat