Itali Guna Bitcoin Sepanjang Lockdown!

1,977

Seperti yang diketahui, Itali merupakan sebuah negara yang mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi di luar China. Selain itu, jumlah kematian yang direkodkan di negara itu adalah sebanyak 3,405 dengan peningkatan sebanyak 427 kematian dalam tempoh 24 jam!

Akibat daripada itu, pihak kerajaan Itali telah menguatkuasakan perintah berkurung atau lebih dikenali sebagai total lockdown bagi membendung penularan wabak pembunuh berkenaan. Oleh itu, semua penduduk negara itu mestilah berada di rumah dan tidak keluar ke mana-mana.

Sehubungan dengan itu, Banco Sella Itali telah  mengambil inisiatif dengan melancarkan perkhidmatan dagangan Bitcoin untuk kemudahan rakyat. Sesi dagangan itu dijalankan melalui platform bank Hype.  Tambahan daripada itu, bank berfungsi sebagai perantara untuk mengurangkan risiko keselamatan semasa pertukaran matawang kripto.  Selain itu, bitcoin dijadikan sebagai medium yang selamat bagi transaksi pemindahan wang di peringkat antarabangsa ketika dunia berhadapan dengan krisis.

Kini, kira-kira 1.2 juta rakyat Itali telah menggunakan platform Hype untuk melakukan apa-apa transaksi bukan sekadar untuk jual beli bitcoin tetapi mampu membuat pembayaran barangan atau perkhidmatan dengan matawang kripto.

Di samping itu, kebanyakan institusi di negara itu mula berjinak-jinak dengan matawang kripto sejak kebelakangan ini. Contohnya, teknologi blockchain telah digunakan untuk proses mengundi secara elektronik di Naples manakala 2 buah institusi pengajian tinggi menggunakan blockchain untuk merekodkan diploma.

Seterusnya, persatuan bulan sabit merah Itali baru-baru ini telah melancarkan dana bitcoin bagi memerangi wabak pandemik yang melanda negara tersebut.

Selain itu, Conio yang berpangkalan di Milan mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan dompet Bitcoin tambahan di platform Hype untuk urusan jual beli serta menjamin keselamatan matawang digital itu. Uniknya, perkhidmatan ini tidak memerlukan dokumen tambahan atau butiran Know-Your- Customer untuk menjalankan apa-apa transaksi berkaitan Bitcoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat