Itu Dia! Gabenor BOJ Beri Petunjuk Jelas Untuk Dasar Monetari

255

Pada pertemuan para pemimpin kewangan global G7 dan G20 minggu lalu, Gabenor Bank of Japan (BOJ) Kazuo Ueda menawarkan isyarat jelas untuk mengekalkan dasar monetari yang dovish buat masa ini.

Ueda yang baru sahaja menggantikan Haruhiko Kuroda seminggu lalu, dikatakan telah memberi beberapa petunjuk untuk menghapuskan rangsangan besar-besaran pendahulunya.

Pun begitu, perbincangan mengenai masa dan cara untuk keluar dari dasar yang sangat longgar akan mengambil masa.

Justeru, ia memberikan Ueda sebab untuk meyakinkan dunia bahawa sebarang perubahan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Bercakap pada pertemuan bersama G20 pada hari Khamis, Ueda berkata bahawa inflasi sangat tinggi di kebanyakan negara, dan situasinya berbeza di Jepun.

Inflasi Jepun yang kini berada sekitar 3% dijangka akan kembali perlahan di bawah sasaran 2% bank pusat akhir tahun ini ekoran kemerosotan kos import, kata Ueda.

Walaupun demikian, beliau tidak menolak kemungkinan tentang perubahan dasar, mengatakan bahawa mereka akan membincangkan semua pilihan pada setiap mesyuarat polisi BOJ.

Di samping itu, beliau juga memberi amaran untuk berwaspada terhadap risiko berkaitan sistem kewangan termasuk sektor bukan perbankan di mana impaknya merentasi sempadan.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat