Itu Dia! Rusia Kenakan Sekatan Terhadap Presiden Joe Biden

5,516

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan 12 pegawai AS yang lain pada Selasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia pada Selasa, langkah ini akan menyebabkan mereka yang terlibat tidak dibenarkan masuk ke negara itu mulai 15 Mac.

Selain itu, langkah tersebut juga akan membekukan sebarang aset individu terlibat yang dipegang di negara itu.

Namun begitu, Rusia tidak menolak untuk mengekalkan hubungan rasmi bersama individu yang terjejas jika ia memenuhi kepentingan negara dan mereka bersedia untuk sebarang rundingan bagi menyelesaikan masalah yang timbul di peringkat tertinggi.

Berikut merupakan senarai individu yang termasuk dalam senarai sekatan oleh Rusia:

  1. Presiden AS Joe Biden
  2. Setiausaha Negara Antony Blinken
  3. Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin
  4. Pengerusi Ketua Staf Bersama Mark Milley
  5. Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan
  6. Pengarah CIA William Burns
  7. Setiausaha akhbar White House Jen Psaki
  8. Daleep Singh, timbalan penasihat keselamatan negara Biden untuk ekonomi antarabangsa
  9. Pentadbir Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) Samantha Power
  10. Anak lelaki Presiden Biden, Hunter Biden
  11. Bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton
  12. Timbalan Setiausaha Perbendaharaan Wally Adeyemo
  13. Presiden Bank Eksport-Import AS Reta Jo Lewis

Kementerian itu mengatakan bahawa sekatan lebih luas akan dilaksanakan ke atas lebih ramai pegawai tertinggi AS, pegawai tentera, penggubal undang-undang, ahli media yang menghasut kebencian terhadap Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat