Itu Dia! Status (SNT) Menunggu Hari Untuk Terbang Ke Udara!

700

Status dikategorikan sebagai sistem operasi mudah alih dan desktop, berperanan sebagai browser yang tidak berpusat yang menggabungkan sistem messaging, membolehkan pengguna berinteraksi dengan rangkaian pada bila-bila masa sahaja.

Ini bermakna bahawa pengguna boleh menghantar mesej yang disulitkan (encrypted) serta mengakses aplikasi yang tidak berpusat, termasuk dompet matawang kripto.

Dikeluarkan pada Jun 2017 oleh Carl Bennetts dan Jarrad Hope.

Uniknya, Status adalah platform messaging yang bersifat sumber terbuka diantara mobile interface, membolehkan pengguna berinteraksi dengan DApps yang berjalan di blokchain Ethereum.

Pengguna mendapat lebih daripada 2,000 DApps, boleh menghantar dan menerima mesej yang disulitkan secara peer-to-peer dan boleh membuat pembayaran serta menggunakan kontrak pintar.

Seterusnya, menarik jika dilihat pada carta SNT/BTC.

Pada pembukaan pasaran 2021, SNT telah berjaya menghasilkan lebih 450% lonjakan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai paras harga $0.00000479 pada 15 April yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berusaha untuk memperoleh momentum kenaikan dan sedang menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.00000170 yang menjadi perhatian para pelabur.

Para penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga berjaya menyaksikan momentum kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $0.00000190 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Manakala, jika pergerakan harga gagal menyaksikan momentum kenaikan, pergerakan harga berkemungkinan kembali menguji zon SBR sekitar $0.00000140 sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, SNT/BTC didagangkan pada harga sekitar $0.0000017 dengan nilai pasaran lebih $200 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-141 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SNT/BTC di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat