Itu Dia! USD/JPY Berbalik Arah Minggu Ini Menjelang FOMC

249

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, trend bullish yang dipaparkan pada minggu lalu mula berubah coraknya pada dagangan yang bersambung ke awal minggu ini.

Sehingga penutup penghujung minggu lalu, US dolar berjaya paparkan pengukuhan ketika jangkaan majoriti pasaran kekal untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC minggu ini.

Namun, kelamaan momentum tersebut semakin pudar jika dinilai daripada pergerakan harga yang lebih mendatar dari awal minggu ini sehingga semalam.

Sentimen pasaran telah mempengaruhi pergerakan semasa harga ketika mesyuarat FOMC semakin hampir menjelang.

Dengan beberapa faktor seperti perkembangan positif di China, laporan pendapatan syarikat gergasi teknologi serta unjuran IMF terhadap pertumbuhan global telah membantu memulihkan sentimen pasaran dan membuatkan US dolar melemah.

Sementara Yen pula masih belum menunjukkan arah pergerakan yang jelas, berkemungkinan pelabur menantikan juga petunjuk dasar monetari oleh bank pusat Jepun (BOJ) selepas keputusan kadar faedah penghujung minggu ini.

Carta USD/JPY yang menunjukkan corak kenaikan sebelum ini telah mencapai paras 141.900 ketika lonjakan terakhir pada Jumaat lalu.

Namun menyambung dgangan pembukaan awal minggu ini, harga mendatar sehingga semalam dengan paras terendah harga adalah sekitar 140.750.

Sesi New York semalam menyaksikan harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut memberi amaran awal untuk kejatuhan harga yang boleh berlaku.

Pergerakan dijangka bakal tidak menentu sementara pelabur berwaspada menantikan mesyuarat FOMC awal pagi nanti.

Sekiranya penurunan harga berlaku, harga dilihat bakal melepasi zon 140.500 sebelum menjejak ke zon RBS (resistance become support) 139.300.

Jatuh lebih bawah dari zon penting itu akan beri isyarat jelas bagi pergerakan bearish harga yang boleh mencecahkan harga ke zon support 137.000.

Namun jika berlaku lonjakan harga selepas reaksi mesyuarat FOMC, kenaikan yang melepasi ketinggian minggu lalu itu bakal dipacu menuju hingga ke paras 143.500.

Melanjutkan pendakian lebih tinggi bakal mendorong harga ke zon tumpuan berikutnya sekitar 145.000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat