Itu Dia! USD Terus Menggila, Habis Matawang Lain Menderita

13,851

Dolar Amerika terus menembusi rekod tertinggi baharu dua tahun di tengah-tengah permintaan terhadap safe-haven yang meningkat dan keyakinan pelabur untuk kenaikan kadar faedah agresif oleh Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback meningkat lebih tinggi menyentuh harga 102.35 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China meningkat ketika Shanghai terus berada di bawah penutupan Covid-19 hampir sebulan. Ini ditambah lagi dengan ancaman baharu dari penularan wabak itu di Beijing.

Selain itu, ketegangan geopolitik yang meningkat turut mempengaruhi sentimen pasaran selepas Rusia mengumumkan bahawa ia akan menghentikan bekalan gas ke Poland mulai 27 April.

Dagangan euro susut lebih parah susulan laporan tersebut yang membawanya terjun ke paras terendah terbaharu sejak April 2017 berbanding US dolar.

Sementara mata wang pound pula terperosok ke tahap terlemah sejak Julai 2020 ketika pelabur terus mengurangkan jangkaan untuk pengetatan dasar oleh Bank Pusat England (BOE).

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi turut didagangkan lemah dengan pelabur kini menantikan penerbitan data inflasi Australia pada sesi Asia yang bakal menentukan sama ada Bank Pusat Australia (RBA) akan meneruskan rancangannya untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Dolar Kanada yang pada mulanya meningkat, merosot semula berikutan pengukuhan US dolar yang mendorongnya kembali ke paras terendah hampir satu bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat