Itulah China! Provok Lagi Taiwan, Sampai Biden Terpaksa Fikir Semula Rancangan Ini

545

Tindak balas China ke atas Taiwan susulan lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi telah membuatkan pentadbiran Presiden Joe Biden mempertimbangkan semula hasrat untuk membatalkan beberapa tarif yang dikenakan semasa era Trump.

Sebelum ini, Washington telah merancang untuk menghapuskan beberapa tarif import China sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan tekanan inflasi yang semakin melambung tinggi.

Tarif yang dikenakan oleh bekas Presiden Donald Trump telah menjadikan import dari China lebih mahal untuk syarikat AS, yang seterusnya menjadikan harga produk terlalu tinggi buat pengguna.

Bagaimanapun, tindakan Beijing yang melancarkan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan sebagai provokasi terhadap lawatan Nancy Pelosi minggu lalu, menyebabkan pentadbiran Biden membuat pertimbangan semula.

Selama berhari-hari, Taiwan diancam oleh latihan pelancaran peluru berpandu balistik dan simulasi serangan ke atasnya.

Jurucakap White House, Saloni Sharma memberitau bahawa selepas lawatan Pelosi ke Taiwan, situasi geopolitik semakin rumit.

Oleh itu, Presiden Biden sedang mempertimbangkan pilihannya dengan sangat berhati-hati demi menjaga kepentingan pekerja Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat