Jabatan Perbendaharaan Minta Restu Joe Biden Perkenan Perundangan Kripto

385

‘AS dilihat menerajui penyelarasan dan penyatuan dalam kalangan negara berkenanan perundangan aset kripto.’

Sebuah cadangan rangka kerja pengawalan selia mata wang digital kripto telah dihantar kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk pertimbangan.

Ia adalah susulan daripada arahan eksekutif Biden yang mahu sebuah perundangan kawal selia kripto bagi mengawasi dan mengurangkan risiko berkaitan aset digital.

Jabatan Perbendaharaan AS yang ditugaskan membentuk rangka kerja tersebut berkata setiap aspek termasuk ‘nilai demokrasi teras‘ diambil kira bagi memastikan kestabilan dan keselamatan sistem kewangan global serta monetari antarabangsa.

Selain itu, rangka kerja tersebut juga disemak bersama Setiausaha Negara, Setiausaha Perdagangan, Pentadbiran Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa dan agensi kerajaan lain.

Ulas jabatan tersebut lagi bahawa ‘kerjasama antarabangsa antara pihak berkuasa awam, sektor swasta dan pihak berkepentingan’ adalah penting dalam memastikan rangka kerja tersebut melindungi hak pelabur kripto di seluruh dunia.

Hal ini kerana terdapat ‘peraturan, penyeliaan dan pematuhan yang tidak sekata merentasi bidang kuasa’ AS terhadap pasaran kripto.

Rentetan itu, ia menyukarkan kerajaan untuk menyiasat aliran transaksi aset digital haram yang kerap berlaku antara luar negara seperti pengubahan wang haram atau pembiayaan kepada pengganas.

Bagi mengukuhkan kerjasama serta peyelarasan antarabangsa, Jabatan Perbendaharaan dikatakan akan melibatkan diri dengan pembuat dasar dan pengawal selia G7 sementara AS akan mempekukuhkan jaringan dengan anggota G20.

Usaha tersebut diharap dapat menangani isu berkaitan aset digital termasuk mata wang digital bank pusat, peraturan kripto dan menyepadukan teknologi baru dalam sistem monetari antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat