Jaga-jaga Alibaba, China Nak ‘Serang’ Alipay?

2,112

Saham syarikat gergasi teknologi China, Alibaba catat penurunan drastik melebihi 5% pada sesi perdagangan di Hong Kong hari ini selepas laporan mengenai Ant Group diteliti semula.

Dalam pada itu, Beijing merancang untuk memisahkan Alipay Ant Group yang mana ia merupakan aplikasi pembayaran terbesar di China yang mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna.

Ant juga dipaksa untuk menyerahkan data pengguna yang menyokong keputusan pinjamannya kepada firma pemarkahan kredit baharu yang sebahagiannya akan dimiliki kerajaan.

Pengawal selia telah memerintahkan Ant untuk memisahkan perniagaan Alipay daripada perniagaan pinjaman Huabei serta Jiebei dan ia mahu perniagaan kredit dibahagikan kepada aplikasi bebas.

Empayar perniagaan Jack Ma, pengasas bersama kedua Ant Group dan Alibaba telah dilanda beberapa langkah pengawalseliaan berprofil tinggi dan ini bukan kali pertama ia menjadi sasaran kerajaan China.

Pada April, Alibaba dikenakan hukuman denda sebanyak $2.8 bilion di atas masalah monopoli dan pengawal selia juga ada melancarkan rekod pelancaran pasaran saham Ant Group bernilai $37 bilion.

Menurut Financial Times, Ant tidak akan menjadi satu-satunya pemberi pinjaman dalam talian China yang terpengaruh dengan peraturan baharu.

Pengawal selia China juga meminta Ant supaya melakukan pemeriksaan perniagaan yang menyeluruh termasuk menyusun semula syarikat induk agar menjadi firma pegangan kewangan.

Pada sebelum ini, pengawal selia China telah menyasarkan beberapa syarikat gergasi internet yang lain yang merangkumi masalah persaingan dan privasi serta data pengguna dan cryptocurrency.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat